10 SELEBRITI ANTARABANGSA ANGGUN BERBAJU BATIK

Posted by HQ_admin 01/08/2018 0 Comment(s)

Batik yang seringkali dikait rapat sebagai tradisional kini berjaya menarik perhatian beberapa selebriti antarabangsa terkemuka kerana keunikan dan keasliannya yang terserlah. Jom tengok selebriti-selebriti di bawah dengan baju-baju batik mereka!

 

 

1. Beyonce

Penyanyi, penari dan ibu kepada 3 orang anak dari Amerika Syarikat ini tampak jelita dan berkeyakinan dalam baju batiknya. Sungguh mempesonakan!

 

2. Dakota Fanning

Pelakon Hollywood berumur 24 tahun ini yang terkenal dalam cerita “War of the Worlds” (2005) ini nampak girang bersiar-siar sambil memakai skirt bercorak batiknya. Comel skirt batik dia!

 

3. Gwen Stefani

Penyanyi dan pemenang“Style Icon Award” dari People Magazine Award 2014 menggayakan baju bermotif batik yang sangat menarik. Apa pendapat anda semua?

 

4. Heidi Klum

Model “Victoria Secret” dari Jerman ini turut menunjukkan minatnya dalam batik melalui fesyen dan stailnya yang tersendiri. Cantik sangat!

 

 

5. Jessica Alba

Pelakon Hollywood yang selalu disenaraikan sebagai antara wanita paling cantik oleh majalah-majalah terkenal seperti People Magazine, Men’s Health dan Empire Magazine sungguh elegan di karpet merah berbaju batik. Tertawan tak hati kalian?

 

6. Lily Collins

Pelakon terkenal dari filem Hollywood “Love, Rosie” (2014) dan “Mortal Instrument:City of Bones” (2013) ini tampak ayu dan memukau dalam gaun batiknya. Agak-agak mana dia dapat baju tu ye hmm

 

7. Paris Hilton

Paris yang sangat berpengaruh dalam dunia fesyen dan bidang hiburan juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan citarasa fesyen batik yang diminatinya. Hippie-hippie gitu!

 

8. Reese Witherspoon

Pelakon terkenal Hollywood ini tetap anggun dalam baju batiknya yang santai. Nampak sangat selesa kan?

 

 

9. Barrack Obama

Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 ini yang amat disegani ramai mengenakan baju batik ketika mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia. Beliau tampaksungguh segak kan?

 

10. Nelson Mandela

Yang terakhir sekali dalam senarai ini adalah yang tidak lain tidak bukan, Nelson Mandela, tokoh bangsa Afrika yangtersohor. Ketika melakukan kunjungan kenegaraan dan bertemu para pemimpin dunia, Mandela dengan bangga mengenakan kemeja batik khas. Mantan Presiden Afrika Selatan ini amat mencintai batik, sehingga dipuji oleh ramai pemimpin besar dunia. Sehingga saat akhirnya ketika disemayamkan di Pretoria, Afrika Selatan pada 5 Disember 2013, Mandela tetap mengenakan satu kemeja batik kegemarannya yang berwarna perang dan kuning jelas dapat dilihat dari kaca kerandanya.

 

sumber : Pinterest

http://rilis.id/kisah-nelson-mandela-dengan-batik-indonesia.html

- wordpress/anastasiabodypaintinghenna

- wordpress/kupatahu28

www.whowhatwear.com

- http://jessalba.net/gallery/displayimage.php?pid=2283

- http://jadiberita.com/17928/foto-10-artis-hollywood-ini-suka-pakai-batik-indonesia.html/heidi-klum-2

- http://www.justjared.com/photo-gallery/2599721/gwen-stefani-harajuku-mini-launch-moca-gala-02/

- https://ohnotheydidnt.livejournal.com/

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment