3 ELEMEN PENTING YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMADANKAN BEG DENGAN BAJU ANDA

Posted by HQ_admin 14/08/2018 0 Comment(s)

Dengan Raya Haji yang semakin dekat, anda semua mesti tengah memikirkan gaya-gaya OOTD dengan aksesori yang best-best. Tapi, tak tahu mcm mana nak padankan beg dengan baju kurung anda? Jangan runsing-runsing lagi, jom kita scroll ke bawah untuk mengetahui rahsianya!

 

1. Warna

Mudah sahaja bila nak padankan warna! Kalau baju anda berwarna cerah, pilihlah beg yang berwarna coklat atau hitam. Kalau sebaliknya, baju berwarna neutral atau pastel, anda boleh memberanikan diri menggayakan beg  berwarna terang gitu.

 

2. Corak

Minat beg yang ada corak-corak? Cara paling selamat untuk kekal elegan dan stylish adalah, untuk pakai baju yang kosong supaya corak-corak tersebut tidak nampak terlalu menyerabutkan. Kalau nak pakai baju yang colour block pun boleh!

 

Untuk baju yang ada bercorak pulak macam CALICE, gunakan yang sebaliknya. Mudah bukan?

 

 

3. Saiz beg

Inilah elemen yang paling penting sekali masa nak pilih bag. Nak tahu kenapa? Sebab bag boleh buatkan anda nampak kurus!

Kalau anda nak sembunyikan bahagian pinggul atau paha anda, pilih beg yang panjangnya tamat dekat pinggang supaya orang lebih mengambil perhatian dekat pinggang anda yang ramping!

 

Kalau anda jenis yang tinggi dan langsing, beg yang berbentuk lebih bulat dan bersaiz besar

lebih sesuai untuk anda! Bukan semua orang boleh gayakan beg besar macam ini tau!

 

 

Kalau anda berbadan plus-sized, beg bersaiz serdahana memang akan buat anda nampak extra cantik!

 

 

 

Ada beberapa elemen lagi yang perlu diambil kira semasa memadankan beg. Tetapi untuk entry kali ini saya kongsikan ini sahaja dulu!

Tips-tips ini adalah sebagai panduan saja untuk anda-anda semua. Anda bebas untuk berexperimen dengan bermacam-macam stail yang anda gemari. Yang paling penting, anda suka dengan penampilan anda dan mampu berhari-raya dengan penuh keyakinan!

Leave a Comment