4 TIP PENJAGAAN KAIN COTTON YANG ORANG RAMAI TAK TAHU

Posted by HQ_admin 29/03/2018 0 Comment(s)

Ramai orang pandai cara beli dan pilih kain berkualiti. Namun,  tak ramai tahu cara penjagaan kain cotton supaya tak mudah rosak. Ini,  4 tip penjagaan kain Cotton yang supaya tahan lebih lama.
 

1. Basuh

Langkah terawal yang perlu anda lakukan kepada kain Cotton yang baru dibeli ialah basuh dulu. Sebaiknya menggunakan cucian tangan. Untuk basuhan kali pertama, sebaiknya asingkan fabrik Cotton daripada dicuci bersama pakaian lain kerana kain baru lazimnya akan turun warna. Ini normal. Ia mungkin berpunca daripada faktor jenis kain, pewarna atau bahan kimia tambahan yang digunakan.

 

Cucian ini juga bertujuan menyingkirkan kanji pada kain. Elakkan daripada menggunakan detergen yang mempunyai bahan peluntur.

Biasanya, kain Cotton yang dibasuh pada kali pertama akan mengecut (shrink) sedikit. Bagi mengekalkan saiz fabrik, saya galakkan anda cuci menggunakan air bersuhu sejuk atau biasa.

 

 

2. Rendam

Selepas melalui proses cucian, rendam sebentar gentian tekstil Cotton dengan bahan pelembut fabrik macam Softlan, Downy atau Comfort Ultra supaya tekstur kain lebih lembut dan lebih wangi. Kemudian, bilas.

 

Penggunaan bahan pelembut fabrik juga membantu mengurangkan kadar kedutan kain dan memudahkan proses menggosok.

 

3. Jemur

Sebelum sidai, kibas dahulu kain Cotton agar teksturnya tidak berkedut dan jemur di kawasan redup. Hamparkan kain Cotton di ampaian dengan cara mengalihkan bahagian bercorak ke bawah. Kaedah ini memastikan warna yang dicetak di atas fabrik ini tidak pudar. Jangan lupa sepit setiap hujung kain dengan penyepit baju. Takut terbang ditiup angin.

 

Jika anda menggunakan mesin pengering (tumble dryer), elakkan daripada membiarkan kain Cotton kering sepenuhnya. Sebaliknya, keluarkan ia sementara masih lembab dan jemur supaya ia kering secara semulajadi.

 

4. Jahit

Kemudian barulah boleh dihantar kepada tukang jahit. Kain Cotton yang wangi, lembut dan bersih amat disukai oleh para tailor. Fabrik ini bukan saja mudah dipotong dan senang digosok, bahkan tidak menggelongsor semasa dijahit.

 

Apabila baju telah siap, basuh sekali lagi dengan teknik yang sama di atas. Cucian kali kedua tidak menyebabkan kain mengecut. Tak perlu bimbang.

 

Kesemua teknik yang dibincangkan di atas amat jarang dikongsikan kepada umum. Sebagai pembeli, anda pasti ada rahsia yang tersendiri untuk menguruskan kain yang baru dibeli.

 

Jika ada, ayuh kongsikan bersama kami dan para pembaca yang lain di ruangan komen di bawah.

 

 

 

 

Leave a Comment