5 TIPS KETIKA BERGAMBAR

Posted by HQ_admin 25/07/2018 0 Comment(s)

Bergambar dengan penuh keyakinan dengan mengamalkan tips-tips di bawah

 

1. Gunakan lidah anda.

 

Yep, gunakan lidah anda, tetapi bukan jerlirkan ye. Sebaliknya, tekankan lidah anda ke atas lelangit semasa senyum untukbergambar. Ia akan memberi gambaran bahawa rahang anda lebih jelas, lehar anda lebih jinjang dan mengelakkan ‘double chin’.

 

 

2. Sudutkan muka

 

Elakkan mengambil gambar portrait seperti ketika mengambil gambar passport kerana itu akan membuatkan muka anda tampak lebih lebar. Sebaliknya, pusingkan kepala anda ke tepidan angkatkan atau turunkan dagu anda sedikit.

 

 

3. Pusingkan badan

 

Ini sememangnya gaya tipikal karpet merah. Posisi kan badan anda 45 darjah dan letakkan tangan yang paling dekat dengan kamera atas pinggang. Tips ini adalah untuk membuatkan bahu anda tampak lebih kecil dan memberi gambaran bahawa lengan anda lebih kurus.

 

 

 

4. Posisi tangan

 

Sekiranya anda ingin bercekak pinggang ketika bergambar untuk menonjolkan pinggang anda, pusingkan badan anda 45 darjah dan bengkokkan siku anda dan pastikan ada ruang di antara badan dan siku anda. Ia akan membuatkan pinggang anda nampak lebih ramping.

 

 

 

Selain itu, anda juga boleh cuba tips ini di mana kedua-dua tangan anda diletakkan lebih dekat dengan satu sama lain.

 

 

5. Silangkan kaki

 

Silangkan kaki anda dari betis ke bawah. Ia akan menampakkan pinggang anda lebih kecil dan kaki anda lebih panjang. Tips ini juga boleh membuatkan anda yang berbaju kurung tampak lebih kasual dalam gambar.

 

 

 

Kredit:

https://photography.tutsplus.com/

http://stylecaster.com

 

 

 

Leave a Comment