7 JENIS KAIN COTTON YANG BEST. NO. 6 PILIHAN YANG PALING BIJAK

Posted by HQ_admin 07/09/2016 1 Comment(s)

Majoriti masyarakat Malaysia gemar fabrik kapas. Sifatnya yang serap peluh dan selesa sesuai dengan cuaca di Asia adalah sebab utama kenapa fabrik ini laku. Kain ini asalnya daripada serat kapas. Kebanyakannya, ia dijadikan bahan untuk membuat kemeja, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

 

Ciri – ciri kain kapas:

⦁   Nyaman dan ringan

⦁   Kain terasa sejuk dan sifatnya juga berbentuk

⦁   Kotoran dari makanan dan minyak mudah hilang jika guna sabun pencuci.

⦁   Boleh dicuci dengan tangan mahupun dry clean

 

Buat anda yang suka kain jenis ini pasti mempunyai jenis kain kapas tertentu yang anda gemari. Bukan satu jenis sahaja, malah ada beberapa jenis lagi fabrik yang anda perlu tahu. Ini antara 7 jenis kain cotton terbaik yang anda perlu tahu.

 

1. English Cotton

• Tidak berbulu selepas dibasuh berkali-kali

• Lembut

• Mempunyai ketebalan kain yang sederhana

 

2. Satin Cotton

• Bilangan benang yang padat

• Sedikit berkilat di bahagian luar

• Senang untuk gosok

 

3. Chiffon Cotton

 

• Kain lembut

• Beralun

• Ringan

 

4. Swiss Cotton

• Kain lembut tapi tebal

• Senang digosok

• Tidak mengecut selepas dibasuh

• Stretchable

 

5. Georgetta Cotton

• Tebal & tidak panas

• Tidak mudah berkedut

• Strechable

• Lebih mudah dari segi penjagaan

 

6. Korean Cotton Gred 4S

• Bilangan benang yang cukup padat

• Tidak berbulu & mengecut setelah dibasuh berkali-kali.

• Tidak berasa panas & serap peluh

• Tidak jarang, jadi anda tidak perlu meletakkan lining

• Lembut pada kulit

• Senang untuk gosok

 

7. Crepe Cotton

• Kain sederhana tebal

• Lembut dengan permukaan yang bergerutu

• Mudah dijaga dan tidak berkedut

• Selesa dan tidak panas

 

 

7 Daripada 10 Rakyat Malaysia Salah Dalam Membuat Pemilihan Cotton. Ini Jenis Kain Cotton Yang Perlu Diambil Kira.

JOM SHARE & TAG PADA KAWAN YANG LAIN.

 

1 Comment(s)

Syafiqah:
30/03/2018, 01:50:32 PM
Reply

Tq mummy.. Baru tau fakta ni

Leave a Comment