TIPS UNTUK MEMILIH WARNA BAJU MENGIKUT TONA KULIT

Posted by HQ_admin 17/07/2018 0 Comment(s)

Pemilihan warna baju sangat penting untuk memastikan penampilan anda kekal elegan dan menawan. Tona kulit yang dipadankan dengan warna yang sesuai boleh menonjolkan keanggunan diri, secara tidak langsung menyerikan aura anda. Berikut adalah tips-tips untuk memastikan warna baju yang anda gayakan sesuai dengan tona kulit anda!

 

Langkah pertama:

Kenalpasti tona kulit anda! Terdapat 3 jenis tona kulit, tona sejuk, neutral dan tona panas. Perhatikan saluran darah di kulit bahagian tangan dan pergelangan tangan. Sekiranya saluran darah itu berwarna biru, itu bermaksud kulit anda mempunyai tona yang sejuk. Kalau ia tampil berwarna hijau, tona kulit anda adalah tona yang panas. Jika anda mempunyai kedua-dua warna, itu bermakna tona kulit anda adalah neutral!

 

 

Langkah kedua:

Buat pilihan warna mengikut tona kulit anda! Untuk tona kulit sejuk, warna-warna yg lebih tenang seperti biru, hijau dan ungu adalah sesuai. Untuk anda yang mempunyai tona kulit panas, warna-warna yang lebih terang seperti merah, jingga dan kuning lebih menonjolkan tona kulit anda. Tona warna neutral sesuai dengan kebanyakan warna.

 

 

 

 

Langkah ketiga:

Tona kulit anda tidak menghadkan anda untuk menggayakan baju-baju yang berlainan warna. Anda yang bertona kulit panas boleh mencuba baju berwarna sejuk. Sama juga dengan anda yang bertona kulit sejuk yang ingin memakai baju berwarna cerah. Anda hanya perlu mencuba dan padankan warna-warna yang sesuai untuk anda. Roda warna di bawah boleh membantu dalam pemilihan warna baju anda!

 

 

*Warna-warna yang dilabelkan dengan bintang adalah warna-warna universal yang boleh diggayakan oleh anda tanpa mengambil kira tona kulit.

 

 

Selamat mencuba!

Leave a Comment