MALAYSIA FREE SHIPPING FOR PURCHASE 2 PIECES & ABOVE!

7 TIPS SPRING CLEAN ALMARI PAKAIAN ANDA

Posted by HQ_admin 30/08/2018 0 Comment(s)

Pernah tak anda buka almari baju yang bersepah penuh dengan baju  dan mengeluh, “Haih, nak pakai baju apa hari ni?” atau “Mana la baju ni susah pulak nak cari haish”. Usah bimbang, bukan anda seorang sahaja yang mengalami masalah yang sama. Kali ini CALICE nak kongsi sedikit tips-tips spring cleaning almari pakaian.

 

1. CARI MASA DAN AJAK KAWAN DATANG RUMAH

Apabila mengemas, kita akan lebih senang rasa stress, betul tak? Jadi, kalau kita boleh pilih satu hari yang sesuai, ajak kawan-kawan datang ke rumah sebagai sumber motivasi untuk terus mengemas sehingga habis! Lagipun, kalau ada kawan-kawan, ada la jugak pembantu-pembantu, penasihat-penasihat dan teman untuk bersembang menghilangkan stress yang ada. Setuju tak?

 

 

2. KELUARKAN SEGAL A HARTA YANG ADA DALAM ALMARI

Betul tu, kosongkan almari anda, kumbahkan semuanya keluar supaya anda tahu berapa banyak pakaian yang anda telah kumpul bertahun-tahun lama. Agak-agak baju anda ada tak jadi macam ini?

 

 

3. ASINGKAN BAJU IKUT KATEGORI

Sekarang adalah masa untuk asingkan longgokan baju-baju tersebut ikut kategori, contohnya, baju kurung, blouse, skirt, kemeja dll. Kalau boleh, pastikan anda hanya simpan 50% dari longgokan itu atau asingkan baju-baju yang anda tak pakai dalam masa 6 bulan. Baju-baju yang tak muat tu pun asingkan sekali okay.

 

 

4. GUNAKAN PENYANGKUT BAJU

Sesudah habis proses pengasingan, sangkut baju-baju yang anda ada. Beli la penyangkut ekstra sebelum mengemas, baru senang nak tengok baju-baju semua. Bukan itu sahaja, baju-baju yang disangkut tidak berkedut, senang nak susun, senang nak simpan, senang nak capai dan senang untuk dipakai.

 

 

5. GUNAKAN PENASIHAT ANDA

Haa lepas dah sangkut-sangkut tu, mesti ada beberapa helai baju lama-lama yang anda rasa sayang nak buang. Inilah masa untuk menggunakan perkhidmatan penasihat-penasihat bertauliah anda! Berikan mereka kad “Yes” atau “No” untuk mengundi, tiada istilah “Maybe” okay!

 

 

6. LABEL BAJU

Setelah habis mini fashionshow anda dan proses penyingkiran, baru la anda sedia untuk menyusun balik baju-baju ke dalam almari semula. Sambil menyusun itu, anda boleh susun ikut warna, atau susun ikut jenis baju tersebut. Buat macam ini memudahkan anda untuk memilih baju dan anda akan tahu baju mana yang anda belum pakai lagi.

 

 

7.BELAKANG PINTU ALMARI JANGAN DIABAIKAN

Terakhir sekali, di bahagian belakang pintu almari, anda boleh sangkutkan beg kain untuk letak benda-benda kecil seperti anak tudung, sarung kaki dan pakaian dalam anda. Ini dapat menjimatkan ruang almari yang digguna dan untuk memaksimakan ruang almari anda boleh letak kasut- kasut dia bahagian bawah almari tersebut.

 

Bonus tips!

Tak tahu mana nak buang atau derma baju-baju lama tu, boleh klik link kat bawah!

https://www.jirehshope.com/posts/460

https://www.cleo.com.my/places-get-rid-unwanted-clothes/

 

Leave a Comment