PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HAND, FOOT AND MOUTH DISEASE)

Posted by HQ_admin 18/09/2018 0 Comment(s)

Apakah itu HFMD?

Jangkitan virus Coxsackie atau Enterovirus yang menyebabkan demam panas, ulser di dinding mulut dan ruam-ruam di kulit terutamanya di kedua-dua tapak tangan dan tapak kaki.

 

 

1) Macam mana nak kenal pasti simptom?

 


 

  • Demam panas untuk 2-3 hari

  • Sakit tekak dan enggan makan atau minum

  • Ulser di dalam mulut seperti dinding mulut, dalam bibir, bawah lidah, dan kerongkong. (Ulser mulut selalunya yang berwarna putih)

  • Pada permulaannya, akan timbul ruam merah kecil di anggota-anggota badan, terutamanya di tangan dan kaki. (Selalunya petanda ruam HFMD adalah dia melibatkan tapak tangan dan kaki.)

  • Kemudian ruam-ruam tersebut mungkin akan disertai dengan gelembung-gelembung air seperti cacar

  • Letih dan kurang aktif

2) Siapa yang cenderung dijangkiti?

Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah dan kanak-kanak yang berada di taska, tadika dan sekolah.

 

Bolehkah ibubapa dijangkiti dengan HFMD juga?

Boleh, tetapi selalunya ibubapa tidak akan dapat simptom seperti kanak-kanak. Namun, ibu bapa boleh menjadi pembawa penyakit sekiranya tidak mengamalkan pembasuhan tangan yang kerap dan betul.

 

Cara jangkitan?

Melalui sentuhan secara langsung dengan cecair badan seperti cecair hidung, air liur, kahak, cecair dari gelembung air di anggota badan serta najis dari pesakit HFMD.

Contoh-contoh:

  • Melalui udara ketika pesakit HFMD batuk atau bersin
  • Ketika menukar lampin bayi yang dijangkiti HFMD, dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut tanpa membasuh tangan
  • Ketika bersentuhan dengan objek-objek yang telah dicemari oleh virus seperti tombol pintu, permainan dan botol air dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut tanpa membasuh tangan

 

3) Ada rawatan untuk HFMD?

Disebabkan HFMD adalah sejenis jangkitan virus, sistem imun diri sendiri yang akan bertindak mengeluarkan antibodi untuk menyerang virus tersebut. Antibiotik tidak dapat membantu banyak kerana antibiotik dikhaskan untuk melawan bakteria dan bukan virus.

 

Namun, ada beberapa komplikasi yang jarang berlaku seperti

 

Apa yang perlu anda buat sekiranya anak anda ada simptom-simptom di atas?

  • Bawa anak anda ke klinik atau hospital segera untuk mendapatkan rawatan dan untuk sahkan penyakit tersebut supaya proses notifikasi boleh dijalankan
  • Jangan menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah.
  • Asingkan anak anda dari adik-beradik dan kanak-kanak lain sehingga ruam hilang.
  • Pastikan suhu badan anak anda kekal normal dan dapat minum air yang cukup supaya tidak dehidrasi.

 

Macam mana nak amalkan langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko dijangkiti:

  • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.
  • Tutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.
  • JANGAN berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garpu, dan sudu.
  • Sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya.
  • Basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya, yang telah tercemar dengan air liur kanak-kanak.
  • Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah, stesen bas, dan lain-lain.

 

Leave a Comment